Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan. Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter.
Ini untuk memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut kelihatan jelas dan menyerlah. Bagi menyerlahkan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih besar
Wau bulan dengan elemen bunga dan daun |
Tukang-tukang wau yang mahir mempunyai cara yang tersendiri dalam mengukur dan menimbang
Elemen tumbuhan turut diselitkan |
dengan tepat.
Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil
Wau bulan dengan elemen daun |
Motif-motif tumbuh-tumbuhan yang biasa digunakan adalah berasal dari putik bunga, bunga kembang, dan buah. Penggunaan warna dan penyerlahan unit pada silat juga dapat menonjolkan ciri-ciri keindahan pada panel ukiran. Nilai estetik dalam sebuah ukiran diambil kira pada keindahan ukiran, konsep, komposisi, pemilihan bahan, teknik dan kemasan.
Kemahiran si pengukir,bergantung kepada faktor alam persekitaran, dan kepercayaan turut mempengaruhi nilai estetik seni wau. Konsep dan olahan idea pada motif ukiran mampu menambah-nilai sebuah penghasilan berseni dalam karya ukiran. Kaedah melalui pengambilan gambar, meniru alam. menggayakan alam dan memujaradkan alam dapat dihasilkan dengan mudah dan pengukir akan lebih menghayati ukiran yang dihasilkan.