Wednesday, 18 March 2015

Elemen Wau Bulan


Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan. Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter.

Ini untuk memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut kelihatan jelas dan menyerlah. Bagi menyerlahkan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih besar

Wau bulan dengan elemen bunga dan daun
menjadi pilihan. Wau Bulan dikatakan telah bermula pada zaman kerajaan Srivijaya, yang mengikut legenda, mula digunakan oleh seorang putera bernama Dewa Muda. Corak bunga dan daun pada wau Dewa Muda dikatakan merupakan peta daerah yang telah dikuasainya









Tukang-tukang wau yang mahir mempunyai cara yang tersendiri dalam mengukur dan menimbang
Elemen tumbuhan turut diselitkan
ketika meraut buluh rangka wau. Petuanya tentulah didadapati daripada orang tua-tua, tetapi kebolehan sebenar adalah diperolehi melalui pengalaman. Meraut buluh dan memasang rangka wau akan menentukan kecantikan bentuk wau dan disokong dengan teraju yang dipasang
dengan tepat.
Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil
kraftangan dan hiasan dinding.

Wau bulan dengan elemen daun



Motif-motif tumbuh-tumbuhan yang biasa digunakan adalah berasal dari putik bunga, bunga kembang, dan buah. Penggunaan warna dan penyerlahan unit pada silat juga dapat menonjolkan ciri-ciri keindahan pada panel ukiran. Nilai estetik dalam sebuah ukiran diambil kira pada keindahan ukiran, konsep, komposisi, pemilihan bahan, teknik dan kemasan.






Kemahiran si pengukir,bergantung kepada faktor alam persekitaran, dan kepercayaan turut mempengaruhi nilai estetik seni wau. Konsep dan olahan idea pada motif ukiran mampu menambah-nilai sebuah penghasilan berseni dalam karya ukiran. Kaedah melalui pengambilan gambar, meniru alam. menggayakan alam dan memujaradkan alam dapat dihasilkan dengan mudah dan pengukir akan lebih menghayati ukiran yang dihasilkan.




2 comments:

  1. Merit Casino - Xn--O80b910a26eepc81il5g.online
    Welcome to Merit Casino! You are now ready to play in one deccasino of the choegocasino finest casino sites in the 메리트 카지노 주소 UK! Our games are designed with real players'

    ReplyDelete