Wednesday 18 March 2015

Wau

Pengenalan

Permainan wau merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang Melayu sejak beratus-ratus tahun yang dahulu lagi. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli.

Hal ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut. Asal-usul permainan wau yang sebenar tidak diketahui walaupun dalam beberapa buku Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini. Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Pendapat ini berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mana ada menceritakan tentang permainan wau.



Sejarah Wau Di Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan. tarikh serta
asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di
Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta ciri wau di Malaysia
mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.
Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar.
Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur
kebudayaan dari negara China memandangkan hubungan Malaysia-China telah
berlangsung sejak zaman Greek lagi.
Kemungkinan juga perkataan wau datangnya daripada perkataan Cina Hokkien
(Fujian). Kata untuk wau dalam dialek Hokkien ialah 'ao' di utara Malaysia.
Pada masa dahulu, orang-orang Melayu di Singapura turut menggunakan layanglayang
bagi menangkap ikan.

Mitos Permainan Wau

Mengikut satu cerita, wau itu pada awalnya adalah permainan tanpa nama. Permainan
yang dimainkan oleh kanak-kanak ini diperbuat dari daun tertentu yang diikat pada
tulang belakang daun tersebut dengan tali kelopak batang pisang atau urat-urat daun
nenas. Wau dimainkan di tempat yang berangin. Satu waktu, permainan tanpa nama itu
putus talinya, dan anak itu pun menangis “wa,wa,wa,wa…”, maka, menurut yang
empunya cerita, lahirlah perkataan "Wau".

Mengikut asal usul yang lain, yang lebih dekat dengan mitos, ia bermula apabila Dewi
Dewa Dani bersalinkan Dewa Muda. Bidan Ketujuh membuang tembuni Dewa Muda ke
laut. Maka Mak si Dewa Dewa yang sedang bertapa di kayangan merasa tidak selesa
duduk di kayangan, lalu dia turun ke Medan Kulum Laman Yang Rata, dan dilihatnya
tembuni Dewa Muda terapung-apung di Sungai Nil. Tembuni itu dipulihkan menjadi
seorang dewa yang dinamakan Awang si Jambul Lebat dan selaput tembuni Dewa
Muda itulah dijadikan “rangka” Wau untuk Dewa Muda.

Untuk menyiapkan Wau itu, Mak si Dewa Dewa mengambil panau Dewa Muda untuk
dijadikan bunga Wau, tangan Dewa Muda untuk sayap Wau, laras kaki Dewa Muda
dijadikan tangan dan badan wau serta rambut Dewa Muda dijadikan jambul Wau. Bila
Wau ini dinaikkan, maka busurnya berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam.
Dari bunyi busur itulah wujudnya nama "Wau". Mengikut asal usul ini juga, wau yang
tidak ada busur atau busurnya tidak berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam
dipanggil "layang-layang''.


No comments:

Post a Comment